PENGENALAN - BORNEO GRAINS
Borneo Grains adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk memperkukuh pengeluaran beras tempatan. Borneo Grains menyasarkan untuk menyumbang secara signifikan kepada matlamat menyeluruh negeri untuk mencapai 60% tahap kecukupan beras di negeri Sabah menjelang tahun 2030. Dengan memanfaatkan teknik pertanian yang inovatif, dan kemajuan teknologi, Borneo Grains komited untuk meningkatkan produktiviti dan memastikan bekalan beras berkualiti tinggi yang konsisten.
Borneo Grains Sdn. Bhd. komited untuk mewujudkan pembangunan komuniti dan persekitaran pertanian yang mampan di mana padi yang ditanam di Sabah berkembang pesat dan mampu menawarkan pelbagai jenis produk beras daripada ruji harian kepada varian istimewa. Melalui penekanan yang kuat terhadap kemampuan dan inovasi teknologi, Borneo Grains Sdn Bhd, komityed sebagai perintis dalam bidang pertanian pintar.
Inisiatif Borneo Grains Sdn. Bhd.'s dalam meningkatkan pengeluaran beras di Sabah juga mamapu memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan memindahkan ilmu pengetahuan dan teknologi kepada penduduk yang akan memberikan mereka kemahiran dan pengetahuan berguna untuk masa depan. Ini akan membantu dalam memperkukuhkan ekonomi tempatan serta meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan.